Maklumat Terkini

1. SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku merupakan inisiatif untuk membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman sendiri.

Kelayakan dan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat serta penilaian institusi kewangan yang berkenaan.

2. CARA PENGELUARAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) – PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan daripada Akaun Sejahtera untuk membiayai pembelian rumah kediaman, terhad kepada dua rumah kediaman sahaja. Jika ahli telah menggunakan simpanan KWSP untuk membeli rumah pertama, rumah tersebut perlu dijual atau dilupuskan pemilikannya sebelum memohon pengeluaran bagi rumah kedua.

Kelayakan Memohon

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli berumur di bawah 55 tahun
  • Ahli mempunyai baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera)

Syarat

  • Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  • Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:

::Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
::Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
::Majikan ahli
::Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
::Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
::Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
::Secara tunai

  • Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
  • Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
  • Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
  • Ahli tidak layak memohon sekiranya:

::Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
::Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
::Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
::Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
::Membeli rumah ketiga
::Membeli rumah di luar negara

3. SKIM RUMAH SELANGORKU

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna‘. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

4. SKIM RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR

Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

5.PERANCANGAN KEWANGAN PEMBELIAN RUMAH

Bakal pembeli digalakkan menilai kemampuan kewangan dan komitmen sedia ada sebelum membuat keputusan membeli rumah. Maklumat pendidikan kewangan boleh diperoleh daripada sumber rasmi seperti AKPK..

6. CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

CKHT ialah cukai yang boleh dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah, tertakluk kepada undang-undang, tempoh pegangan, status pemilik dan syarat semasa.
Untuk maklumat terkini mengenai CKHT, sila rujuk HASiL atau penasihat cukai yang berkelayakan.